Thursday, March 24

Gingerbread

Jejaka Biskut Halia

:: Jejaka biskut halia ::
Picca are google. TQ


Pada suatu masa dahulu, ada seorang wanita tua yang tidak mempunyai anak. Pada suatu hari, dia membuat keputusan untuk membuat satu jejaka biskut halia untuk menemaninya.


Dia menggunakan tepung untuk membentuk badan jejaka biskut halia lalu menggunakan sedikit buah kismis sebagai mata dan hidungnya. Kemudian dia memercikkan sedikit gula sebagai bajunya.


Dia memasukkan jejaka biskut halia itu ke dalam ketuhar lalu membuat kerja rumah yang lain.


Apabila sampai masa untuk mengeluarkannya, wanita tua terdengar suara dari arah ketuhar itu. Dia mendekati ketuhar dan terdengar suara kecil menangis, “Keluarkan saya! Keluarkan saya!”


Dia amat terkejut tetapi memberanikan diri untuk membuka pintu ketuhar. Apabila pintu dibuka, jejaka biskut halia itu melompat keluar! Dia berlari di sekitar dapur dan kemudian terus berlari keluar!


Wanita tua itu tersedar lalu mengejar jejaka biskut halia. Dia menjerit, “Berhenti, jejaka biskut halia! Pulang ke sini!”


Tetapi jejaka biskut halia it uterus berlari sambil berkata, “Lari, larilah secepat yang mampu! Kamu tidak dapat menangkap saya, saya ialah jejaka biskut halia!”


Dia berlari di atas jalan dan menemui seekor lembu. Lembu itu mengangkat kepalanya. Dia amat terperanjat melihat jejaka biskut halia berlari sendirian.


Lembu itu meneliti jejaka biskut halia. Dia berasa jejaka biskut halia pastilah makanan yang enak. Lembu berkata, “Berhenti, jejaka biskut halia! Saya pasti kamu lebih enak daripada rumput ini!”


Jejaka biskut halia terus berlari sambil berkata, “Lari, larilah secepat yang mampu! Kamu tidak dapat menangkap saya, saya ialah jejaka biskut halia!” Tidak lama kemudian, dia terjumpa seekor kuda.


Kuda itu meneliti jejaka biskut halia dan berasa tentunya sesuatu yang sedap dimakan. Kuda berkata, “Berhenti, jejaka biskut halia! Marilah dekati saya dan biar saya melihat kamu dengan lebih jelas! Kamu nampaknya begitu enak untuk dimakan!”


Tetapi jejaka biskut halia terus berlari dan berkata, “Lari, larilah secepat yang mampu! Kamu tidak dapat menangkap saya, saya ialah jejaka biskut halia! Sayalah yang terpantas!” Kuda itu pun tidak dapat menahannya.


Tidak lama kemudian, seekor musang melompat keluar dari semak. Katanya, “Berhenti, jejaka biskut halia! Saya ingin bercakap dengan kamu!”


Tetapi jejaka biskut halia terus berlari dan berkata, “Lari, larilah secepat yang mampu! Kamu tidak dapat menangkap saya, saya ialah jejaka biskut halia!”


Dengan sekelip mata, dia sampai di tepi sungai. Musang berkata, “Lompatlah ke atas ekor saya, saya akan tolong kamu menyeberangi sungai ini.”


Musang memberitahu jejaka biskut halia bahawa dia amat selamat duduk di atas ekornya. Jadi jejaka biskut halia melompat ke atas ekornya dan mereka mula menyeberangi sungai. Apabila air semakin mendalam, musang berkata, “Lebih baik kamu duduk di atas belakang saya!” Jejaka biskut halia pun berbuat begitu. Apabila air semakin mendalam, dia memanjat ke atas kepala musang.


Apabila mereka sampai di sebelah sungai, jejaka biskut halia mengucapkan terima kasih kepada musang, “Ia suatu pengalaman yang menyeronokkan!”


Musang melambungkan jejaka biskut halia ke dalam mulut lalu menelannya! Kemudian musang berkata, “Ia suatu hidangan yang enak!”

Tuesday, March 15

Jenjalan di 1borneo dan 1st konsert

Date } 5 Mac 2011
Place } 1borneo / helipad


:: thirsty ::












:: syok owh ::




:: waiting food ::




:: Me with baby syaffieq ::


:: my 1st picca with artist ::



Friday, March 4

Telatah baby

Telatah baby (:
Kesayangan mama forever.
Our bundle joy.
Our sweet heart.


:: Pose ala-ala model ::


:: Lihat gigiku, cantikkan =P ::


:: Ini best friend saya =) Jangan kacau! Serius nie!! ::


:: Ini Abang Boboy. Kami kawan =) ::


:: Saya suka termenung sambil makan toast bread ::


:: Ini aktiviti hujung minggu saya ::


:: Saya dan cermin mata ::


:: Saya dengan baby shaukat. Kami suka menonton tv dari jarak dekat =) Mama selalu marah. Tapi kami tak kisah =P ::


:: Saya sejuk + rindu dengan papa. Mama nakal snap pic saya begini =P ::


:: Saya dan mama. Time raya 2010 ::


:: Saya suka makan kepak ayam goreng. Nie pak cik Lan yang suap saya. Kita belum ready mak dah snap pic kita ::


:: Nie saya dedulu. Makin saya membesar, pipi saya dah tak gebu. Mama cakap saya makin hitam =( Tapi saya tahu saya putih =) ::


:: Saya suka duduk di pangkuan mama. Kadang-kadang saya boleh tertidur di pangkuan mama ::


Telatah baby sampai sini je.
Nanti bersambung di lain hari =)
Terima kasih kalau korang suka.
Jumpa lagi =D