Place : Sandakan
Date : 30/6/2005
Subuh 30/6 tue aq mimpi aq dapat tanda-tanda nak bersalin. Dalam mimpi aq tue, darah keluar dan kemudian aq sakit perut. Tapi masa tue ada jiran satu rumah tolong aq. Jiran tue yang bagitahu aq yang aq perlu ke hospital. Tapi bila tengok darah yang turun macam period. Terus aq terjaga dari mimpi aq. Baru perasan ada air keluar. Aq ingatkan air kencing. Langsung tak tahu pun itu air ketuban. Masa tue hubs dan yang lain-lain dah keluar. Tinggal aq seorang je kat rumah kuarters tue. Tapi aq tak panik coz langsung tak terfikir pun aq akan bersalin. Malah aq sempat lagi mencuci kain. Sudah tue pakai tangan lagi. Masa cuci kain, perut aq dah keras lepas tue sakit-sakit. Sakit lebih kurang period pain gitu. Tapi tak lama gitu sakit rasa nak buang air besar plak. Lama juga lar aq mencangkung tunggu najis keluar. Tapi still takde. Penat aq teran-teran. Last-last biar je. Mandi, pakai baju dan jemur kain baru jalan ke tempat mertua aq.
Jarak rumah kuarters ke tempat mertua dalam 500 meter juga lar sebab rumah mertua aq kat atas bukit. Sampai kat rumah mertua aq. Mertua aq masih tidur lagi. Adik ipar aq je bangun. Bagitahu dia aq sakit perut plus keluar air. Kelam kabut dia kejutkan mertua aq. Bila mertua aq urut-urut perlahan perut aq, dia dapat rasa dah baby tue nak keluar. Tinggal hujung-hujung lagi. Cepat-cepat dia suruh aq balik rumah kuarters kemas barang. Adik ipar aq pun ikut sekali. Mertua aq suruh makan banyak-banyak supaya ada tenaga untuk meneran.
Sampai rumah. Kemas baju dan kain yang perlu dibawa. Baju baby memang belum sedia lagi. Sebab orang dulu-dulu cakap tidak bagus sediakan awal-awal. So, kami langsung takde beli apa-apa lar. Lepas kemas tue, aq memang belum bersedia lagi nak ke hospital. Aq biar je. Lagipun perut aq tak berapa sakit sangat. Sakit macam period pain yang aq selalu alami je. Jadi memang tak risau lar. Dalam hati cakap lama lagi tarikh jangkaan aq bersalinkan. Sediakan makanan tengah hari untuk hubs. Tak lama gitu hubs balik. Hubs pun risau juga. Tapi aq yakinkan je dia yang aq belum nak bersalin. Lagipun terlalu awal. Mungkin tanda-tanda je.
Hubs balik semula ke tempat kerja. Tak lama kemudian dia balik semula dengan kawan dia c Emal. Kawan hubs sempat lagi membebel dengan hubs dan minta hubs hantar aq ke hospital cepat. Tapi aq masih lagi mengeras. Cakap takde apa-apa juga. Then, jiran yang tinggal sama kat kuarters tue balik. Dia paksa hubs bawa aq ke hospital. Aq pun tak faham kenapa lar aq mengeras sangat tak nak pergi hospital.
Sampai hospital terus ke wad bersalin. Tapi aq masih boleh berjalan lagi. Macam takde apa-apa yang berlaku. Sakit perut contraction kejap-kejap ada, kejap-kejap tiada. Hubs buat lucu lagi. Adakah dia masuk je wad bersalin tue sendiri, aq dibiarkan diluar. Sampai nurse marah dia sebab tinggalkan aq kat luar. Nurse kemudiannya suruh hubs bayar deposit ke pejabat am. Aq plak dibawa untuk pemeriksaan. Aq dah bagitahu nurse tue, aq nak bersalin dah. Tapi still juga nak buat pemeriksaan. Siap suruh kencing. Aq memang masa tue tak dapat nak keluarkan air kencing pun still dipaksa juga. Lepas tue nurse suruh baring kat katil dia pasang wayar untuk check degupan jantung sambil-sambil check bukaan aq. Sekali tengok bukaan aq dah besar. Aq pun tak berapa ingat berapa cm.
Kelam kabut nurse tue bawa aq ke bilik bersalin. Tapi dia suruh aq jalan sendiri. Takde plak dia tolak aq pakai kerusi roda. Padahal aq memang dah bukaan besar sudah. Nurse tue membebel lagi. Tapi aq tak ambil peduli sudah. Sebab perut aq sakit sangat. Masuk bilik bersalin punya scary. Ada orang menangis, lepas tue ada orang teriak. Gila punya seram. Aq ada juga teriak tapi tak keluar suara. Memula push tak keluar, push lagi, push lagi, push lagi dan lagi dan lagi. Tapi baby masih tak keluar. Masa meneran tue sempat lagi aq cakap dengan bidan tue aq dah tak larat. Tapi dia marah aq balik cakap aq mesti kuat. Nurse yang 1 lagi [bukan nurse yang membebel tue] tolong urut/tolak perut aq ke bawah sambil teran dan akhirnya baby keluar.
Masa lihat baby buat pertama kalinya aq rasa sangat happy, sebak, terharu pun ada sampai keluar air mata. Baby kemudiaannya diletakkan diatas perut aq melintang sementara bidan tue potong tali pusat dan keluarkan uri. Baby keluar tepat jam 3 petang. Selepas dijahit dan baby dibersihkan. Aq ditolak keluar dengan kerusi roda ke wad. Sempat lagi ucapkan terima kasih dengan bidan dan nurse-nurse yang membantu. Nurse yang kuat membebel tue aq ucapkan terima kasih juga "Terima kasih nurse saya dapat melahirkan baby saya dengan selamat walaupun nurse marah-marah saya untuk kebaikan saya juga kan" hahaha. Bunyi macam nada perli. Tapi langsung aq takde niat lar nak perli-perli nurse kuat membebel tue. Masa nie mertua belum sampai lagi. Jadi baby cuma pakai tuala je. Mertua datang baru pakaikan dia baju. Kesian juga lar tengok baby masa tue. Tapi nak buat camne. Memang tak disangka-sangka akan bersalin awal. Awal 28 hari lagi tue. huhuhu
Lupa plak masa baby baru lepas lahir tue. Nurse tue suruh aq susukan baby sebelum dia dibersihkan. Tapi masa tue susu aq tak berapa nak keluar lagi. Sampai di wad biasa pun still try nak bagi baby susu. Tapi takde keluar susu lagi.
No comments:
Post a Comment