Place : Sandakan
Bulan November selepas sebulan lebih aq mendirikan rumahtangga. Aq dah ada tanda-tanda hamil. Tapi macam biasa lar, aq buat tak tahu je. Sebab nak pastikan betul atau tidak aq pregnant, aq g klinik senyap-senyap tanpa pengetahuan hubs. Berdebar juga masa menunggu result air kencing aq. Jumpa doktor dan dia bagitahu yang aq sah mengandung. Tapi sempat lagi lar doktor tue tanya aq dah kahwin ke tak? Sebab masa tue aq baru enam belas tahun. Cakap dengan doktor ya. Tapi doktor tue masih tak percaya lagi. Terpaksa bagi tengok sijil pengesahan nikah baru doktor tue percaya. Nasib baik lar time aq g klinik tue, aq bawa sijil pengesahan nikah. Kalau tak mesti doktor tue ingat aq
Balik rumah bagitahu hubs. Hubs pun macam takpercaya juga lar. Tapi bila aq bagi tengok result ujian air kencing aq. Muka dia berubah terus. Memang kami masa tue belum bersedia untuk menimang cahaya mata. Lagipun kami masih mentah plus hubs belum dapat kerja tetap. Apa-apa pun kami tetap bersyukur juga lar. Rezeki Allah SWT dah bagi awal. Lagipun SIL aq yang keempat, awal sikit kahwin dari kami pun belum dapat pregnant lagi. Kira kami nie langkah bendul juga lar dapat anak.
Maternal and child health clinics
1st Checkup
Place : Kota Kinabalu
Date : 3/3/2005
Aq start mendaftar dan juga checkup buat pertama kali di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak semasa hamil dua puluh minggu. Masa tue aq dah dikira lewat juga lar. Sepatutnya masa aq tahu aq pregnant mesti daftar terus dah. Tapi banyak sangat masalah yang melanda. So, terpaksa tunda. Memanjang tertunda sampai lupa. 1st checkup semua ok. Takde masalah. Tekanan darah, gula dan lain-lain semuanya normal. Berat masa nie 51kg. Then, kena suruh pergi kelas ibu hamil bersama suami. Tapi aq tak pergi. Sebab masa tue hubs kerja. Takde orang temankan aq. Lagipun aq segan juga lar nanti aq je yang takde suami kan. Tarikh temujanji seterusnya 31/3/2005.
2nd Checkup
Place : Kota Kinabalu
Date : 14/3/2005
Second checkup nie kaw-kaw juga lar aq kena marah dengan nurse sebab tak datang kelas ibu hamil. Tapi macam biasa je, aq buat endah tak endah. Lepas check air kencing, berat dan lain-lain. Jumpa doktor lagi. Nie first time doktor scan dan check perut aq. EDD atau tarikh dijangka bersalin aq 28/7/2005. Berat plak 52kg. Dalam seminggu aq naik 1kg. Tarikh temujanji untuk jumpa doktor seterusnya 20/6/2005.
Dua kali je aq ke klinik masa di kota kinabalu. Lepas tue aq berpindah ke Telupid.
3rd Checkup
Place : Telupid
Date : 30/3/2005
Masa nie kandungan aq dah dua puluh tiga minggu. Berat plak 53.5kg je. Checkup yang lain-lain semua normal. Langsung takde masalah. Tarikh temujanji seterusnya 26/4/2005.
4th Checkup
Place : Telupid
Date : 26/4/2005
Checkup kali ini pun takde masalah. Semua normal. Takde nak risau-risau. Berat badan pun naik iaitu 56.3kg. Entah apa yang aq makan sampai berat makin naik. Tapi memang gemuk juga lar aq time pregnant baby. Sampaikan BIL aq suka panggil aq penguin. Apa tidak, hari-hari aq suka tengok kartun 'Pingu'. Nasib baik lar baby tak macam pingu. Next appoinment 25/5/2005.
5th Checkup
Place : Telupid
Date : 25/5/2005
Temujanji kali ini lambat sedikit dari yang biasa. Terpaksa jumpa doktor untuk scan perut aq. Sebab sebelum tue aq terjatuh masa nak keluar. Aq tak sedar pun lantai tue basah. Yang aq sedar aq dah terduduk atas lantai. Perut aq plak ada terhentak kat dinding. Tapi takde apa-apa lar yang sakit. Bila doktor scan. Dia pun tak dapat nak bagi keputusan, so terpaksa dirujuk ke doktor pakar. Sudah tue doktor pakar dia kat Sandakan. Berat masa nie 60.5kg. Next appoinment 8/6/2005.
6th Checkup with Gynecology Specialist
Place : Sandakan
Date : 1/6/2005
Masa checkup nie, aq berdebar sangat. Takut baby ada apa-apa. Alhamdulillah semua normal masa scan. Doktor siap bagitahu jantina baby lagi. Tapi sebelum doktor bagitahu pun, instinct aq kuat mengatakan baby nie boy. Masa nie aq dah nak sangat baby keluar. Kalau boleh nak sama-sama tarikh dengan birthday aq 6/6. Tapi masanya belum tiba lagi.
7th Checkup
Place : Sandakan
Date : 8/6/2005
Lepas je kejadian aq terjatuh tue. Aq transfer ke sandakan. Lagipun family in law aq cakap dekat dengan hospital kalau bersalin. Lagipun hospital kat telupid tak lengkap sangat kemudahan dia. So, terpaksa akur lar. Checkup kali nie pun normal juga takde masalah. Cuma berat aq menurun ke 57kg. Banyak sangat hal yang berlaku. Maybe sebab tue berat aq pun turun. Next appoinment 22/6/2005.
8th Checkup
Place : Sandakan
Date : 22/6/2005
Masa nie aq dah tiga puluh empat minggu. Checkup macam biasa juga normal. Takde apa-apa yang membimbangkan. Baby pun sihat je duduk kat dalam perut aq. Berat naik ke 58kg. Nurse pesan jangan berurut. Sediakan barangan baby dan juga barangan untuk dibawa ke hospital. Next appoinment 6/7/2005. Tapi tak sempat pergi 9th Checkup. Sepanjang tempoh kehamilan aq. Langsung takde berurut. After bersalin je aq baru berurut.
No comments:
Post a Comment