Monday, January 31

1st School Uniform





:: Baby wearing his first school uniform ::


Thursday, January 27

Mengidam

Masa aq pregnantkan baby. Apa yang aq mengidam, semua aq dapat juga lar. Tak tahu plak kalau ada lagi yang tak dapat. Rasanya memang dapat semua lar. Aq suka sangat makan bakso atau coto makasar. Setiap kali aq pergi check up mesti makan bakso atau coto makasar. Time kat kota kinabalu tidak lagi. Masa di sandakan dan telupid baru mengidam. Lepas tue aq suka makan coklat susu juga biskut yang mengandungi coklat susu. Kadang-kadang beli banyak bikin stok. Lepas tue sembunyi dalam beg. Tak nak kongsi dengan sesiapa. Hubs pun aq tak bagi. hehehe. Aq juga suka makan karipap yang inti dia mee hoon. Rasa sedap sangat bila dapat makan. Ayam KFC. Masa aq mengidam makan ayam KFC, hubs belum gaji. Tapi BIL aq yang kedua bawa kami pergi makan. Aq apa lagi, suka hati lar. Itu je yang aq dok idam-idam masa pregnant baby. Tapi tak tahu lar kalau ada lagi yang aq lupa. Tapi rasanya itu je kot. hehehe

Mohamad Shariful



Nama : Mohamad Shariful
Tarikh Lahir : 30th June 2005
Masa : 0300pm
Tempat Lahir : Hospital Duchess Of Kent
Berat Lahir : 2.2 kg
Suntikan : Sinometrin
Cara Kelahiran : Spontan/Sefalik

Breastfeeding

Masa di wad tue aq takut sangat kalau kami kena tahan lama. Sebab aq tak pernah lagi masuk wad sebelum nie. So, rasa macam seram plak. Air susu aq masih sedikit. Baby pun tak kenyang. Sampai aq minta orang di katil sebelah tue susukan anak aq. Tapi dia tak nak plak sebab tak boleh dia cakap. Masa nie aq memang tak tahu pasal hukum-hukum susuan.

Oleh kerana takut kena tahan lama plus baby nangis sebab tak cukup air susu. Bagi baby minum air masak. Tapi bagi secara sembunyi-sembunyi lar sebab kalau nurse nampak kena marah nanti. Malam kat wad tue. Aq langsung tak boleh tidur. Lagipun katil aq dekat dengan pintu masuk. Jadi setiap kali orang lalu mesti terjaga. Wad kelas tiga je kan. Subuh lepas dengar azan, baru aq dapat melelapkan mata. Tidur mati sampai mertua aq datang dan kejutkan aq. Doktor datang ambil fail aq pun aq tak perasan. Lepas check baby dah buang air besar dan kecil. Doktor benarkan balik.

Hanya 1hari je aq ditahan kat wad. Tak lama. Ada ibu-ibu yang lain terpaksa tinggal lama ckit. Aq berpantang di rumah mertua. Malam tue mertua aq masakkan aq sayur betik untuk menambahkan air susu dan memang berjaya. Lepas makan je susu aq bengkak dengan air susu. Baby pun membesar dengan air susu  aq sendiri. Hampir dua tahun juga lar baby menyusu. Tapi masa baby umur 10 bulan dah start bagi campur minum susu formula. Malam memang fully breastfeeding.

Birth Moment

Place : Sandakan
Date : 30/6/2005

Subuh 30/6 tue aq mimpi aq dapat tanda-tanda nak bersalin. Dalam mimpi aq tue, darah keluar dan kemudian aq sakit perut. Tapi masa tue ada jiran satu rumah tolong aq. Jiran tue yang bagitahu aq yang aq perlu ke hospital. Tapi bila tengok darah yang turun macam period. Terus aq terjaga dari mimpi aq. Baru perasan ada air keluar. Aq ingatkan air kencing. Langsung tak tahu pun itu air ketuban. Masa tue hubs dan yang lain-lain dah keluar. Tinggal aq seorang je kat rumah kuarters tue. Tapi aq tak panik coz langsung tak terfikir pun aq akan bersalin. Malah aq sempat lagi mencuci kain. Sudah tue pakai tangan lagi. Masa cuci kain, perut aq dah keras lepas tue sakit-sakit. Sakit lebih kurang period pain gitu. Tapi tak lama gitu sakit rasa nak buang air besar plak. Lama juga lar aq mencangkung tunggu najis keluar. Tapi still takde. Penat aq teran-teran. Last-last biar je. Mandi, pakai baju dan jemur kain baru jalan ke tempat mertua aq.

Jarak rumah kuarters ke tempat mertua dalam 500 meter juga lar sebab rumah mertua aq kat atas bukit. Sampai kat rumah mertua aq. Mertua aq masih tidur lagi. Adik ipar aq je bangun. Bagitahu dia aq sakit perut plus keluar air. Kelam kabut dia kejutkan mertua aq. Bila mertua aq urut-urut perlahan perut aq, dia dapat rasa dah baby tue nak keluar. Tinggal hujung-hujung lagi. Cepat-cepat dia suruh aq balik rumah kuarters kemas barang. Adik ipar aq pun ikut sekali. Mertua aq suruh makan banyak-banyak supaya ada tenaga untuk meneran.

Sampai rumah. Kemas baju dan kain yang perlu dibawa. Baju baby memang belum sedia lagi. Sebab orang dulu-dulu cakap tidak bagus sediakan awal-awal. So, kami langsung takde beli apa-apa lar. Lepas kemas tue, aq memang belum bersedia lagi nak ke hospital. Aq biar je. Lagipun perut aq tak berapa sakit sangat. Sakit macam period pain yang aq selalu alami je. Jadi memang tak risau lar. Dalam hati cakap lama lagi tarikh jangkaan aq bersalinkan. Sediakan makanan tengah hari untuk hubs. Tak lama gitu hubs balik. Hubs pun risau juga. Tapi aq yakinkan je dia yang aq belum nak bersalin. Lagipun terlalu awal. Mungkin tanda-tanda je.

Hubs balik semula ke tempat kerja. Tak lama kemudian dia balik semula dengan kawan dia c Emal. Kawan hubs sempat lagi membebel  dengan hubs dan minta hubs hantar aq ke hospital cepat. Tapi aq masih lagi mengeras. Cakap takde apa-apa juga. Then, jiran yang tinggal sama kat kuarters tue balik. Dia paksa hubs bawa aq ke hospital. Aq pun tak faham kenapa lar aq mengeras sangat tak nak pergi hospital.

Sampai hospital terus ke wad bersalin. Tapi aq masih boleh berjalan lagi. Macam takde apa-apa yang berlaku. Sakit perut contraction kejap-kejap ada, kejap-kejap tiada. Hubs buat lucu lagi. Adakah dia masuk je wad bersalin tue sendiri, aq dibiarkan diluar. Sampai nurse marah dia sebab tinggalkan aq kat luar. Nurse kemudiannya suruh hubs bayar deposit ke pejabat am. Aq plak dibawa untuk pemeriksaan. Aq dah bagitahu nurse tue, aq nak bersalin dah. Tapi still juga nak buat pemeriksaan. Siap suruh kencing. Aq memang masa tue tak dapat nak keluarkan air kencing pun still dipaksa juga. Lepas tue nurse suruh baring kat katil dia pasang wayar untuk check degupan jantung sambil-sambil check bukaan aq. Sekali tengok bukaan aq dah besar. Aq pun tak berapa ingat berapa cm.

Kelam kabut nurse tue bawa aq ke bilik bersalin. Tapi dia suruh aq jalan sendiri. Takde plak dia tolak aq pakai kerusi roda. Padahal aq memang dah bukaan besar sudah. Nurse tue membebel lagi. Tapi aq tak ambil peduli sudah. Sebab perut aq sakit sangat. Masuk bilik bersalin punya scary. Ada orang menangis, lepas tue ada orang teriak. Gila punya seram. Aq ada juga teriak tapi tak keluar suara. Memula push tak keluar, push lagi, push lagi, push lagi dan lagi dan lagi. Tapi baby masih tak keluar. Masa meneran tue sempat lagi aq cakap dengan bidan tue aq dah tak larat. Tapi dia marah aq balik cakap aq mesti kuat. Nurse yang 1 lagi [bukan nurse yang membebel tue] tolong urut/tolak perut aq ke bawah sambil teran dan akhirnya baby keluar.

Masa lihat baby buat pertama kalinya aq rasa sangat happy, sebak, terharu pun ada sampai keluar air mata. Baby kemudiaannya diletakkan diatas perut aq melintang sementara bidan tue potong tali pusat dan keluarkan uri. Baby keluar tepat jam 3 petang. Selepas dijahit dan baby dibersihkan. Aq ditolak keluar dengan kerusi roda ke wad. Sempat lagi ucapkan terima kasih dengan bidan dan nurse-nurse yang membantu. Nurse yang kuat membebel tue aq ucapkan terima kasih juga "Terima kasih nurse saya dapat melahirkan baby saya dengan selamat walaupun nurse marah-marah saya untuk kebaikan saya juga kan" hahaha. Bunyi macam nada perli. Tapi langsung aq takde niat lar nak perli-perli nurse kuat membebel tue. Masa nie mertua belum sampai lagi. Jadi baby cuma pakai tuala je. Mertua datang baru pakaikan dia baju. Kesian juga lar tengok baby masa tue. Tapi nak buat camne. Memang tak disangka-sangka akan bersalin awal. Awal 28 hari lagi tue. huhuhu

Lupa plak masa baby baru lepas lahir tue. Nurse tue suruh aq susukan baby sebelum dia dibersihkan. Tapi masa tue susu aq tak berapa nak keluar lagi. Sampai di wad biasa pun still try nak bagi baby susu. Tapi takde keluar susu lagi.

The Pregnancy Moment

Surprise News
Place : Sandakan

Bulan November selepas sebulan lebih aq mendirikan rumahtangga. Aq dah ada tanda-tanda hamil. Tapi macam biasa lar, aq buat tak tahu je. Sebab nak pastikan betul atau tidak aq pregnant, aq g klinik senyap-senyap tanpa pengetahuan hubs. Berdebar juga masa menunggu result air kencing aq. Jumpa doktor dan dia bagitahu yang aq sah mengandung. Tapi sempat lagi lar doktor tue tanya aq dah kahwin ke tak? Sebab masa tue aq baru enam belas tahun. Cakap dengan doktor ya. Tapi doktor tue masih tak percaya lagi. Terpaksa bagi tengok sijil pengesahan nikah baru doktor tue percaya. Nasib baik lar time aq g klinik tue, aq bawa sijil pengesahan nikah. Kalau tak mesti doktor tue ingat aq terlanjur.

Balik rumah bagitahu hubs. Hubs pun macam takpercaya juga lar. Tapi bila aq bagi tengok result ujian air kencing aq. Muka dia berubah terus. Memang kami masa tue belum bersedia untuk menimang cahaya mata. Lagipun kami masih mentah plus hubs belum dapat kerja tetap. Apa-apa pun kami tetap bersyukur juga lar. Rezeki Allah SWT dah bagi awal. Lagipun SIL aq yang keempat, awal sikit kahwin dari kami pun belum dapat pregnant lagi. Kira kami nie langkah bendul juga lar dapat anak.


Maternal and child health clinics 

1st Checkup
Place : Kota Kinabalu
Date : 3/3/2005

Aq start mendaftar dan juga checkup buat pertama kali di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak semasa hamil dua puluh minggu. Masa tue aq dah dikira lewat juga lar. Sepatutnya masa aq tahu aq pregnant mesti daftar terus dah. Tapi banyak sangat masalah yang melanda. So, terpaksa tunda. Memanjang tertunda sampai lupa. 1st checkup semua ok. Takde masalah. Tekanan darah, gula dan lain-lain semuanya normal. Berat masa nie 51kg. Then, kena suruh pergi kelas ibu hamil bersama suami. Tapi aq tak pergi. Sebab masa tue hubs kerja. Takde orang temankan aq. Lagipun aq segan juga lar nanti aq je yang takde suami kan. Tarikh temujanji seterusnya 31/3/2005.


2nd Checkup
Place : Kota Kinabalu
Date : 14/3/2005

Second checkup nie kaw-kaw juga lar aq kena marah dengan nurse sebab tak datang kelas ibu hamil. Tapi macam biasa je, aq buat endah tak endah. Lepas check air kencing, berat dan lain-lain. Jumpa doktor lagi. Nie first time doktor scan dan check perut aq. EDD atau tarikh dijangka bersalin aq 28/7/2005. Berat plak 52kg. Dalam seminggu aq naik 1kg. Tarikh temujanji untuk jumpa doktor seterusnya 20/6/2005. 

Dua kali je aq ke klinik masa di kota kinabalu. Lepas tue aq berpindah ke Telupid.


3rd Checkup
Place : Telupid
Date : 30/3/2005

Masa nie kandungan aq dah dua puluh tiga minggu. Berat plak 53.5kg je. Checkup yang lain-lain semua normal. Langsung takde masalah. Tarikh temujanji seterusnya 26/4/2005.


4th Checkup
Place : Telupid
Date : 26/4/2005

Checkup kali ini pun takde masalah. Semua normal. Takde nak risau-risau. Berat badan pun naik iaitu 56.3kg. Entah apa yang aq makan sampai berat makin naik. Tapi memang gemuk juga lar aq time pregnant baby. Sampaikan BIL aq suka panggil aq penguin. Apa tidak, hari-hari aq suka tengok kartun 'Pingu'. Nasib baik lar baby tak macam pingu. Next appoinment 25/5/2005.


5th Checkup
Place : Telupid
Date : 25/5/2005

Temujanji kali ini lambat sedikit dari yang biasa. Terpaksa jumpa doktor untuk scan perut aq. Sebab sebelum tue aq terjatuh masa nak keluar. Aq tak sedar pun lantai tue basah. Yang aq sedar aq dah  terduduk atas lantai. Perut aq plak ada terhentak kat dinding. Tapi takde apa-apa lar yang sakit. Bila doktor scan. Dia pun tak dapat nak bagi keputusan, so terpaksa dirujuk ke doktor pakar. Sudah tue doktor pakar dia kat Sandakan. Berat masa nie 60.5kg. Next appoinment 8/6/2005.


6th Checkup with Gynecology Specialist
Place : Sandakan
Date : 1/6/2005

Masa checkup nie, aq berdebar sangat. Takut baby ada apa-apa. Alhamdulillah semua normal masa scan. Doktor siap bagitahu jantina baby lagi. Tapi sebelum doktor bagitahu pun, instinct aq kuat mengatakan baby nie boy. Masa nie aq dah nak sangat baby keluar. Kalau boleh nak sama-sama tarikh dengan birthday aq 6/6. Tapi masanya belum tiba lagi.


7th Checkup
Place : Sandakan
Date : 8/6/2005

Lepas je kejadian aq terjatuh tue. Aq transfer ke sandakan. Lagipun family in law aq cakap dekat dengan hospital kalau bersalin. Lagipun hospital kat telupid tak lengkap sangat kemudahan dia. So, terpaksa akur lar. Checkup kali nie pun normal juga takde masalah. Cuma berat aq menurun ke 57kg. Banyak sangat hal yang berlaku. Maybe sebab tue berat aq pun turun. Next appoinment 22/6/2005.


8th Checkup
Place : Sandakan
Date : 22/6/2005

Masa nie aq dah tiga puluh empat minggu. Checkup macam biasa juga normal. Takde apa-apa yang membimbangkan. Baby pun sihat je duduk kat dalam perut aq. Berat naik ke 58kg. Nurse pesan jangan berurut. Sediakan barangan baby dan juga barangan untuk dibawa ke hospital. Next appoinment 6/7/2005. Tapi tak sempat pergi 9th Checkup. Sepanjang tempoh kehamilan aq. Langsung takde berurut. After bersalin je aq baru berurut.